Pages

Thursday, November 22, 2012

Bahagian Ke-3 Tafsir Al Furqan Juzuk 1: Al Fatihah Ayat 6-7

Perkongsian Ilmu Siri Ke-3 Tafsir surah Al Fatihah dari ayat 6 hingga 7. Kupasan ayat dari kitab Tafsir Al Furqan Juzuk 1 oleh Ustaz Dr. Abdullah Yasin. Semoga ada manfaatnya...

Puasa Hari Asyura

Perkongsian ilmu sempena menyambut hari Asyura yang Insya Allah boleh dijadikan panduan bagi menggantikan amalan tradisional dengan membuat "Bubur Asyura"...Wallahu 'alam. Semoga ada manfaatnya...

Kuliyah penuh bagi tazkirah di atas dimuatkan dalam "Ke Arah Memahami Al Quran & Al Hadith Jilid 1 Pelajaran ke-10 dibawah tajuk: Muslim, Mu'min, Muhajir dan Ansar". Bagi antum yang ingin memilliki salinan rakaman samada Audio atau video kuliyah ini sila email kepada nurhakam@gmail.com. Antum juga boleh dapatkan rakaman kuliyah kuliyah yang terdahulu yang sempat ana rakam. Insya Allah.
Jazakallahu khair...

Tuesday, November 13, 2012

Tafseer Ibn Katheer

Siri kupasan Tafsir Ibn Katheer secara bertalaqqi dengan Al Fadhil Ustaz Abu Ihsan Al Atsary yang diadakan di Medinah International University (MEDIU) sudah masuk  ke pusingan ke -4. Insya Allah bulan depan pada 1 & 2 Disember 2012 akan masuk ke pusingan ke -5 bagi menyambung pengajian pada surah Al Baqarah ayat 170.

Satu perkongsian ilmu yang sangat mantap oleh penceramah yang hebat dan kupasan yang bernas lagi mudah difahami secara santai ini dirakamkan dalam bentuk DVD dan Mp3 bagi memudahkan proses mengulangkaji dalam apa jua situasi tak kira dimana antum berada. Ketika sedang memasak di dapur, mengemas rumah, ketika sedang berehat  ataupun dalam perjalanan ke tempat kerja tatkala antum melayani "traffic jam" INILAH MASANYA antum memanfaatkannya dengan mentadabburi Kalam Suci ini yang telahpun dimuatkan dalam format DVD dan Mp3.

Bagi sesiapa yang diluar sana yang mahukan salinan rakaman ini bolehlah menghubungi kami melalui email kami di nurhakam@gmail.com ataupun boleh berhubung terus ke pihak penganjur:
PERNIAGAAN BUSHRA
Lot GF-06 Ground Floor
Klang Digital Mall, Jalan Pasar,
41400 Klang
Selangor Darul Ehsan

Untuk pertanyaan lanjut sila layari  perniagaanbushra@facebook.com

Thursday, November 8, 2012

Bahagian Kedua Tafsir Al Furqan Juzu' 1


Perkongsian ilmu untuk siri kedua Tafsir Al Furqan sambungan dari ayat 4 hingga 5 surah Al Fatihah. Semoga ada manfaatnya.

Seperti biasa, bagi mereka yang mahu memiliki salinan lengkap koleksi juzuk 1 ini, silalah email kepada kami di nurhakam@gmail.com.

Jazakumullahhu khair....

Wednesday, November 7, 2012

Kuliyah Tafsir Al Furqan Juzuk 1: Siri Pertama (Al Fatihah Ayat 1-3)

Perkongsian Ilmu yang dirakamkan untuk diambil pengajaran daripada siri tafsir Al Quranul Kareem bermula daripada surah Al Fatihah sehingga akhir juzuk 1 pada surah Al Baqarah ayat 141. Semoga ada manfaatnya...bagi yang ingin memiliki salinannya samada dalam bentuk DVD,Audio CD atau mp3 bolehlah emailkan kepada kami melalui email nurhakam@gmail.com.

Salinan rakaman dijual pada harga RM10 setiap siri DVD dan CD manakala RM5 bagi setiap siri mp3. Hasil jualan akan digunakan untuk pembangunan & penyelenggaran bagi menghasilkan lebih banyak siri siri kuliyah sunnah bagi mengimbangi permasalahan semasa yang sering ditimbulkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semoga dengan usaha kerdil ini mendapat pengiktirafan Allah Azzawajalla terutama kepada semua yang terlibat dalam usaha ini bermula dari Penceramahnya, Penghasilan videonya, Para Pembelinya, Para Pengedarnya, Para Penonton/Pendengar yang mengamalkannya, malah tidak terkecuali pihak pihak yang memberi izin kuliyah ini tersebar maka dengan penuh rasa rendah diri aku memohon kepadaMu ya Allah! Kau Berkatilah mereka mereka ini ya Allah! Kau bantulah mereka ya Allah! agar mereka mereka ini Istiqamah dalam memperjuangkan agamaMu. Berilah mereka kekuatan dalam menghadapi musuh musuhMu yang tidak pernah putus putus menghalang kami membuat kebaikan ke jalanMu...Ameen Ya Rabbal Alaamin