Pages

Wednesday, April 28, 2010

Ana nak gi Umrah..Nak ikut?





Kenangan Haji 2007 menggamit rindu pada Ka'bah. Insya Allah minggu depan ana berangkat ke sana... so kita cuti kuliyah sementara... nanti balik umrah kita sambung coretan kuliyah untuk dikongsikan bersama. Insya Allah...


Wednesday, April 21, 2010

Kemuncak Godaan

Siri Ibrah Kisah Nabi Yusof dah masuk ke siri yang ke -6 . Dalam siri ini diceritakan bagaimana nabi Yusof berjuang menangkis godaan yang diuji ke atas dirinya dan sesungguhnya amat berat ujian yang dihadapi olehnya... Kita bagaimana pula? tanyalah iman kita...

Masjidil Haram Akan Datang...

Pembangunan Masjidil Haram untuk masadepan yang lebih selesa menurut gambaran grafik... satu bentuk susunatur yang unik & strategik bagi memenuhi keperluan jemaah haji seluruh dunia

Monday, April 19, 2010

Kisah Yusof - Bestest!!!

Ahsanu Qasas...Kisah Yusof yang diceritakan dalam Al Qur'an sangat cantik dan disampaikan dalam bentuk cerita....

Ibrah dari Kisah Yusof Alayhi as salam

Kali ini ana nak share tentang Ibrah dari kisah Yusof Alayhi as salam yang dipetik dari wacana bulanan bersama ustaz "cute" yang banyak pengalaman dalam mengkaji sejarah timur tengah terutamanya dalam sejarah kerajaan Turki yang begitu menarik tatkala beliau kupas mengenainya... namun kita lupakan dulu kisah Turki tu.. nanti kita bawa dalam waktu yang lain.. waktu ni kita ambil ibrah dari kisah Yusof....


Thursday, April 8, 2010

Ahli Sunnah Bukan Terrorist

Ana berkesempatan menghadiri seminar sehari di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tajuk seminar tersebut mungkin nampak agak agresif namun ana rasakan ia perlu dikongsikan bagi menangkis tohmahan tohmahan yang dilabelkan kepada pendakwah pendakwah serta gerakan Islam yang secara ikhlas menyampaikan risalah risalah tentang Islam menurut panduan Rasul s.a.w. Antara resolusi yang sempat ana kongsikan disini merupakan 9 ketetapan yang diperolehi dari isi kandungan seminar itu sendiri. Semoga kita semua berlapang dada dan bersedia untuk berbeza pendapat bilamana terdapatnya perbezaan fikrah dikalangan kita sesama muslim dalam mengharungi bahtera kehidupan di alam fana' ini. Walahu A'lam....

Antara Resolusinya....


Bagi antum yang mahu edisi penuh seminar ini, sila emailkan alamat lengkap kepada ana untuk tujuan penghantaran... Harganya mahal sikit pasal nak buat tu susah sikit & ambik masa..RM 75

Alamatkan tempahan antum kepada nurhakam@gmail.com

Penghantaran akan dibuat dalam tempoh seminggu setelah pengesahan dibuat.