Pages

Wednesday, November 7, 2012

Kuliyah Tafsir Al Furqan Juzuk 1: Siri Pertama (Al Fatihah Ayat 1-3)

Perkongsian Ilmu yang dirakamkan untuk diambil pengajaran daripada siri tafsir Al Quranul Kareem bermula daripada surah Al Fatihah sehingga akhir juzuk 1 pada surah Al Baqarah ayat 141. Semoga ada manfaatnya...bagi yang ingin memiliki salinannya samada dalam bentuk DVD,Audio CD atau mp3 bolehlah emailkan kepada kami melalui email nurhakam@gmail.com.

Salinan rakaman dijual pada harga RM10 setiap siri DVD dan CD manakala RM5 bagi setiap siri mp3. Hasil jualan akan digunakan untuk pembangunan & penyelenggaran bagi menghasilkan lebih banyak siri siri kuliyah sunnah bagi mengimbangi permasalahan semasa yang sering ditimbulkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semoga dengan usaha kerdil ini mendapat pengiktirafan Allah Azzawajalla terutama kepada semua yang terlibat dalam usaha ini bermula dari Penceramahnya, Penghasilan videonya, Para Pembelinya, Para Pengedarnya, Para Penonton/Pendengar yang mengamalkannya, malah tidak terkecuali pihak pihak yang memberi izin kuliyah ini tersebar maka dengan penuh rasa rendah diri aku memohon kepadaMu ya Allah! Kau Berkatilah mereka mereka ini ya Allah! Kau bantulah mereka ya Allah! agar mereka mereka ini Istiqamah dalam memperjuangkan agamaMu. Berilah mereka kekuatan dalam menghadapi musuh musuhMu yang tidak pernah putus putus menghalang kami membuat kebaikan ke jalanMu...Ameen Ya Rabbal Alaamin

No comments:

Post a Comment