Pages

Sunday, June 7, 2009

Manasik Haji 3

Pemilihan Jenis Haji

Adapun Haji Tamattu' merupakan jenis haji yang popular dikalangan jemaah haji nusantara. Namun pemilihan jenis haji Tamattu' perlu dijelaskan agar ianya tidak dijadikan sebagai ikutan semata malah ianya adalah sunnah yang dituntut untuk dilakukan apalagi mendapat rekomendasi dari Rasul s.a.w sendiri.

Ini menjelaskan kepada umum bahawa tidak benar bahawa pemilihan jenis haji bergantung kepada penerbangan awal, pertengahan atau penerbangan akhir seperti yang diyakini oleh sesetengah pihak. Penerangan ini perlu agar setiap jemaah haji tahu tentang ibadat yang bakal dilaksanakannya dan bukan sebagai ikut ikutan semata.

No comments:

Post a Comment