Pages

Sunday, June 7, 2009

Manasik Haji 2

Ketibaan di Airport Jeddah



Perkara pertama dalam manasik haji selepas mengenakan pakaian ihram adalah berniat di Miqat. Miqat adalah merupakan tempat dimana kita memulakan niat haji atau umrah ketika hendak memasuki Tanah Haram di Makkah Al Mukarramah.

Bagi jemaah haji yang memasuki Makkah melalui Jeddah, mereka berniat haji di Miqat di dalam pesawat ketika merentasi kawasan Qarnul Manazil. Manakala bagi yang masuk dari arah Madinah, miqat mereka adalah di Abyar Ali atau dikenali sebagai Bir Ali.

Adapun lafaz niat bagi jemaah haji lelaki hendaklah dizahirkan lafaz niatnya secara jelas didengar sambil diikuti dengan lafaz talbiyah yang bersambutan sepanjang menuju ke Ka'abah di Tanah Haram.

No comments:

Post a Comment