Pages

Thursday, June 25, 2009

Manasik Haji 4

Untuk gambaran pengunjung ana sertakan klip perjalanan haji semasa musim haji 2007 yang lalu.

Klip 1:

Sunday, June 7, 2009

Manasik Haji 3

Pemilihan Jenis Haji

Adapun Haji Tamattu' merupakan jenis haji yang popular dikalangan jemaah haji nusantara. Namun pemilihan jenis haji Tamattu' perlu dijelaskan agar ianya tidak dijadikan sebagai ikutan semata malah ianya adalah sunnah yang dituntut untuk dilakukan apalagi mendapat rekomendasi dari Rasul s.a.w sendiri.

Ini menjelaskan kepada umum bahawa tidak benar bahawa pemilihan jenis haji bergantung kepada penerbangan awal, pertengahan atau penerbangan akhir seperti yang diyakini oleh sesetengah pihak. Penerangan ini perlu agar setiap jemaah haji tahu tentang ibadat yang bakal dilaksanakannya dan bukan sebagai ikut ikutan semata.

Manasik Haji 2

Ketibaan di Airport Jeddah



Perkara pertama dalam manasik haji selepas mengenakan pakaian ihram adalah berniat di Miqat. Miqat adalah merupakan tempat dimana kita memulakan niat haji atau umrah ketika hendak memasuki Tanah Haram di Makkah Al Mukarramah.

Bagi jemaah haji yang memasuki Makkah melalui Jeddah, mereka berniat haji di Miqat di dalam pesawat ketika merentasi kawasan Qarnul Manazil. Manakala bagi yang masuk dari arah Madinah, miqat mereka adalah di Abyar Ali atau dikenali sebagai Bir Ali.

Adapun lafaz niat bagi jemaah haji lelaki hendaklah dizahirkan lafaz niatnya secara jelas didengar sambil diikuti dengan lafaz talbiyah yang bersambutan sepanjang menuju ke Ka'abah di Tanah Haram.

Saturday, June 6, 2009

Manasik Haji

Kepada antum semua yang berhajat untuk menunaikan haji tahun ni atau tahun berikutnya nah disertakan gambaran awal...