Pages

Sunday, March 27, 2011

Ulama' 5 D

Para ilmuan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan ujian kesenangan sehingga sanggup menggadaikan maruah demi keuntungan yang sedikit disisi Allah s.w.t.

Masyarakat juga mesti disedarkan bahawa kebenaran itu hak milik Allah dan bukan hak milik individu yang punya kuasa dan kedudukan. Semestinya kita perlu kembali kepada Al Qur'an & As Sunnah dalam menelurusi saki baki kehidupan kita didunia ini yang sangat hampir menuju Kiamat...Tiada niat nak menyindir sesiapa cuma sekadar perkongsian agar antum semua dapat menilai tahap pemikiran masyarakat kita hari ini dalam menilai sesuatu ilmu atau berita yang disampaikan. Wallahu A'lam.



Tajuk Kuliyah : Al Wala' Wal Bara'

Saturday, March 12, 2011

Al Loghatul Arabiah



Rakaman di atas dibuat dalam tahun 2009, namun amat berguna untuk latihan ulangan. Ana dah ponteng lama kelas ni ...rindu lak rasanya nak joint balik...tentu pelajar lain dah advance dah kan? Kepada rakan sekelas antum teruskan...jangan ghaaibu towwilah...ghugiiiii....

Wednesday, February 23, 2011

MEDIU

16 Februari 2011 lalu ana sempat buat rakaman lawatan Pak Lah ke MEDIU bagi meninjau perkembangan institusi pengajian yang beliau ilhamkan semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ternyata apa yang beliau bayangkan dulu sekarang telah menjadi kenyataan malah melebihi jangkauan apa yang telah disasarkan. Secara peribadi, rakaman lawatan tersebut menjadi jawaban kepada tuduhan seorang blogger dalam artikelnya tentang:
  1. MEDIU: Rekrut Pelampau Wahabi? Awas!
  2. MEDIU, Apa yang diajar, Aqidah Pelik?
  3. MEDIU, Rekrut Pelampau Wahhabi, Satu realiti.
Namun disini yang lebih berhak untuk mengeluarkan rakaman tersebut adalah pihak MEDIU sendiri. Dalam sidang media ringkas yang diadakan bersama pihak RTM & Buletin AWANI Pak Lah telah menyangkal tuduhan tersebut:




Sunday, February 20, 2011

Zero Mind Process

Apa yang antum faham pasal Zero Mind Prosess? Hal ini akan timbul bilamana ada sesetengah program motivasi yang menjadikan konsep ini satu "tools" atau alat untuk menyuntik dan mengetuk pintu hati setiap peserta kursus yang dianjurkannya. Namun apakah ini selari dengan apa yang Nabi kita ajarkan dan apakah ia dibenarkan dalam cara kita berda'wah?... Ana amat suka akan penjelasan ustaz Hasrizal Abdul Jamil tentang pendekatan Zero Mind Prosess ini:



Tajuk: Ibrah Dari Kisah Yusof Siri 10
Penceramah: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Terbitan: Pertubuhan Kebajikan Al Nidaa' Malaysia(AL-NIDAA')

Untuk dapatkan salinan DVD lengkap, sila email alamat lengkap antum dalam borang di atas
Harga: RM 15.00.
  • Untuk dapatkan salinan lengkap dari siri 1-10 sila emailkan kepada kami dalam borang di atas dengan potongan harga 15% bagi tempahan melalui email...

Apa Erti Cinta Kita Kepada Rasul s.a.w

Cinta & Kepatuhan seharusnya dizahirkan sesuai dengan matlamat ianya diutuskan dan bukan sekadar mengenang tarikh maulidnya Rasul Mulia s.a.w yang rupanya selama ini kita menyambut hari kewafatan baginda ... Sekilas kisah dari wacana Khas Maulidur Rasul bersama ust. Anzaruddin Ahmad baru baru ini...


Tajuk :Wacana Khas Maulidur Rasul
Penceramah: Ustaz Anzaruddin Ahmad
Terbitan: Pertubuhan Kebajikan Al Nidaa' Malaysia (Al-Nidaa')
Harga: RM 15.00 (termasuk kos penghantaran)

Berminat untuk mendapatkan salinan lengkap kuliyah di atas sila email nama & alamat lengkap untuk penghantaran dalam borang di diatas.

Thursday, January 27, 2011

Bahasa Arab Mudah.Com

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum....ha ha ha.. ana dah boleh cakap Arablah... segalanya mudah kalau antum fikirkannya mudah dan begitulah sebaliknya bilamana antum kata susah maka susahlah jadinya...

Baru baru ni ana berkesempatan membuat rakaman video bersama cikgu Noorli yang popular dalam radio IKIM setiap rabu minggu ke-2 & ke -4 jam 6.15 petang slot bersama bahasa arabmudah.com..Antum lam ufakkiru toweelan faqad sami'u haaza tasjeelan..(Ana hantam saja...cikgu Noorli...harap betulkanlah ye...sebab ana memang tak pandai bahasa Arab...)



Thursday, December 23, 2010

Malam Xpressi Diri Kem HIJRI 2010

Pemenangnya adalaaahhhh..... Kumpulan Viper!!! Pehh tangkap nangis wo... Superb....


Tajuk Sketsa: Hijrah Ibubapa
Kumpulan: Viper
Slot: Malam Ekspressi Diri
Program: Kem HIJRI 2010
Lokasi: Nur Bukit Unggul Sepang
Penerbitan: Saifulislam Training & Consultancy(STC)