Pages

Friday, January 22, 2010

Buah Hati Pengarang Jantung...

English Made Easy....gelagat anak yang tengah bersemangat.....
Cuba antum bayangkan apa yang ada didalam minda anak ini....

Umar Abdul Aziz Cicit Saidina Umar Al Khattab

Salasilah keluarga Saidina Umar Al Khattab begitu rapat sekali dan boleh dikatakan mempunyai hubungan yang cukup unik dari segi pertalian darah dikalangan para sahabat, tab'i & tab'i tab'iin.
Segalanya terjawab bilamana kajian sejarah oleh para pengkaji hadith memperincikan kajian mereka dengan lebih mendalam.

Kuliyah hadith minggu ini yang dikupas oleh Ustaz Anzaruddin Ahmad yang telah masuk ke siri 11 memberikan gambaran mengenainya...

Antum inginkan salinan rakaman penuh? Dapatkan koleksi rakaman ini dari siri 1 hingga terkini dan sila emailkan alamat untuk tujuan penghantaran... ke nurhakam@gmail.com

Tuesday, January 19, 2010

Kuliyah Tafsir Surah Al Furqan

Ana dapat pelajaran baru daripada kuliyah tafsir hari ini bilamana kita yang dah biasa dengar pun kadang kadang terlepas pandang. Dalam hal ini elok ana kongsikan bersama agar dapat dimanfaatkan bersama semoga usaha ini diambil kira oleh Allah Azzawajalla dalam usaha menyampaikan da'wah dikalangan insan...

Ianya adalah mengenai azan dan apa yang patut kita lakukan oleh setiap muslim apabila kedengaran ia dilaungkan. Berikut adalah sedikit petikan dari kuliyah mengenai azan...


Untuk lebih lanjut, sila dapatkan rakaman kuliyah terbaru ini dalam bentuk DVD & Audio CD yang dimuatkan dalam Tafsir Surah Al Furqan Siri 1 (Kupasan Ayat 1-16). Dapatkan terus dari ana melalui email ana nurhakam@gmail.com.

Saturday, January 16, 2010

Kuliyah Bulan Januari 2010

Tahun baru 2010 sudah masuk hari ke 18 hari ni...banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menambah ilmu di dada lebih lebih lagi dalam keadaan sekarang ni yang bermacam macam cubaan dan dugaan telah dan akan dilalui baik fizikal mahupun spiritual. So, apa bekalan antum semua untuk menghadap Allah di padang Mahsyar nanti?

Teringat kata kata Dr. Abdullah Yasin dalam kuliyahnya baru baru ni yang begitu bagus untuk kita renungkan bersama:



So, bagi antum semua yang ingin memiliki koleksi kuliyah kuliyah sunnah yang telah ana rakam sejak dari 7 tahun lalu hingga sekarang, sila email kepada ana nama dan alamat antum untuk tujuan penghantaran ke alamat email ana: nurhakam@gmail.com

Antara kuliyah yang boleh antum semua dapatkan antaranya:
  1. Kuliyah Sirah Nabawiyyah - Syeikh Syafiyur Rahman Al Mubarakfury
  2. Kuliyah Al Wala' Wal Bara'
  3. Tafsir Bulughul Maram
  4. Kuliyah Tafsir Surah Surah Pilihan:
  • Surah An Nur - Dr. Abdullah Yasin
  • Surah Al Furqaan - Dr. Abdullah Yasin (Sekarang baru masuk rakaman siri ke-4)
  • Surah Al Insyiqaq - Dr. Abdullah Yasin
  • Surah At Tiin - Dr. Abdullah Yasin
  • Surah Fussilat- Ust. Shofwan Badri
  • Surah As Syura - Ust. Shofwan Badrie
  • Surah Az Zukhruf - Ust. Shofwan Badrie (Sekarang masuk surah ke 68-73)
  • Surah Al Kauthar - Ust. Kariman Abd. Moin
  • Surah At Taghaabun - Ust. Kariman Abd. Moin
  • Surah Al Hujurat - Ust. Kariman

Thursday, January 7, 2010

Kenangan Kem HIJRI 2009

Sambutan tahun baru Hijrah 1431H yang lalu memberi satu kenangan buat ana bilamana ana diberi peluang oleh pihak pengurusan Saifulislam Trainning & Consultancy(STC) membuat liputan langsung aktiviti kem selama 3 hari bermula dari hari Jumaat 18.12.09 hingga Ahad 20.12.09. Segalanya ada ana abadikan dalam bentuk cakera padat DVD bermula dari hari suaikenal sehinggalah kepada bergambar beramai ramai di majlis perpisahan.

Namun dalam banyak banyak rakaman yang ana rekod, ada seorang yang istimewa yang sungguh tabah yang patut kita contohi yang penuh dengan kisah suka duka yang perlu kita fikirkan dalam maksud "Erti Hidup Pada Memberi"... Inilah beliau....

Mengambil Harta Secara Zalim

Baru baru ini juga ana ada mengikuti kuliyah ustaz Anzaruddin di Pejabat Al Nidaa' yang diadakan setiap minngu ke-3 dibawah tajuk " Menjejaki Sirah Rasul s.a.w" yang telah memasuki siri ke -10. Kepada antum semua yang baru mengetahuinya silalah hadiri kuliyah beliau kerana banyak manfaat yang dapat diambil daripadanya. Antum semua tak perlu risau kerana siri - siri sebelumnya itu boleh diperolehi dalam bentuk DVD/Audio yang dijual pada harga RM15 setiap siri... dan kalau beli banyak tu bolehla dirundingkan pasal DISKAUN.....

Antara petikan yang sempat ana cut untuk tontonan antum semua mengenai Balasan Mengambil Harta Secara Zalim & Berdo'a untuk sizalim yang pernah berlaku di zaman sahabat

3 Wasiat Nabi s.a.w Menjelang Wafat

Kuliyah terbaru daripada Dr. Abdullah Yasin baru baru ini begitu menyentuh hati... mana taknya perkara asas yang patut kita laksanakan tidak perasan langsung padahal kita melaluinya setiap hari....namun atas kealpaan dengan hal hal dunia menjadikan kita tak perasan akannya.

Maka selayaknya kita PERLU menghadiri majlis majlis ilmu bagi "Mengecas Ilmu" yang telah lemah dek pakaian kehidupan seharian.... Paling tidak pun sekurang kurangnya 2 kuliyah seminggu perlu dihadiri oleh kita semua. Wallahu A'alam